Ifrad bermakna jemaah Haji berihram dari miqat dengan niat Haji
sahaja kemudian dia bertalbiah seterusnya dia kekal berada dalam
keadaan berihram sehingga dia wuquf di Arafah, dia melontar Jamrah
Aqabah dan bertahallul dari ihramnya.
Perangkaan tempat yang terdapat di sebelah kanan paparan
menjelaskan perjalanan jemaah Haji Ifrad langkah demi langkah.
Firman Allah Taala:
(الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلا
رَفَثَ وَلا فُسُوقَ وَلا جِدَالَ فِي الْحَجِّ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ
خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ
التَّقْوَى وَاتَّقُونِ يَاأُولِي الْأَلْبَابِ).
Yang bermaksud:
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia
(beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat
dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. Di situ ada
tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di
antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya
aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat
Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai
kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji
itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu
pun) dari sekalian makhluk.
>>
Berihram Dari Miqat