Hari Pertama: Hari Kelapan Zulhijah
Bertolak Ke Mina:
Selepas sembahyang Subuh hari Tarwiah di Mekah, semua jemaah Haji keluar
ke Mina selepas terbit matahari dan sembahyang sunat Dhuha, kemudian dia
menunggu di sana sehingga waktu terbit matahari hari Arafah iaitu dia
mendirikan sembahyang lima waktu di Mina iaitu (Zuhur – Asar – Maghrib –
Isyak – dan Subuh hari berikutnya iaitu hari kesembilan Zulhijah).
Ketika menghala ke Mina jemaah Haji membaca:
اللهم إياك أرجو ولك أدعو فبلغني صالح أملي وأغفر لي وأمنن علي بما مننت به
على أهل طاعتك، إنك على كل شيء قدير.
Manakala di Mina pula, jemaah Haji banyak berzikir sambil membaca:
(ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار).
Jemaah Haji sunat menunggu dan sembahyang di masjid Al-Khif.
>>
Pergi Ke Arafah