الحمد
لله رب العالمين، وأفضل الصلاة وأكمل التسليم, على سيدنا محمد
خاتم النبيين وعلى آله وأصحابه، والتابعين له أجمعين.
Selepas
Allah menganugerahkan kepada saya untuk mengerjakan Haji,
saya lihat ramai dari kalangan jemaah Haji yang tidak tahu
bagaimana cara yang sepatutnya untuk mengerjakan ibadat Haji.
Oleh sebab itulah Allah telah mengilhamkan kepada saya untuk
membuat sebuah kitab (Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke
Baitullah Al-Haram) dalam bentuk yang ringkas dan mudah di
mana jemaah Haji mudah untuk membawanya bersama-sama dan ia
diajar secara peringkat demi peringkat serta secara ringkas
supaya jemaah Haji suka membacanya dan mengulangkajinya
malah ia boleh membantu jemaah Haji dan Umrah untuk
melaksanakannya.
Saya telah
menentukan dasar yang jelas di dalam menulisnya sebagaimana
berikut:
- Kitab ini hendaklah kitab yang pertengahan di antara
ringkas dan panjang lebar untuk memudahkan ia dibaca dan
diulangkaji.
- Tidak membiarkan terdapat perkara-perkara yang tidak jelas
di dalam persoalan yang patut dikeluarkan melainkan ia
mempunyai kedudukan dan tempatnya.
- Kitab ini ditambah dengan gambar-gambar dan peta
penjelasan untuk membantu pembaca supaya lebih memahami dan
dapat menguasai dengan cepat.
- Saya menambahnya dengan perangkaan tempat yang sederhana
untuk membuat perbandingan di antara tiga jenis Haji dan
Umrah begitu juga menjelaskan perjalanan jemaah Haji dan
Umrah peringkat demi peringkat.
- Saya menambah dengan menjelaskan sebahagian
istilah-istilah dan perkataan-perkataan seerti yang telah
digunakan ketika menjelaskan cara mengerjakan ibadat Haji.
- Saya menambahnya dengan lampiran khas dari nasihat-nasihat
yang berfaedah dan penting bagi jemaah-jemaah Haji dan Umrah
supaya pekerjaan mereka tidak terdapat kesalahan sehingga
mewajibkan mereka membayar dam atau rosak pekerjaan mereka
atau kurang balasan pahala.
- Melihat kepada perkembangan internet secara meluas di
seluruh pelosok dunia yang memberikan peluang kepada
sebahagian besar umat Islam dan orang-orang yang ingin
mendapatkan maklumat secara lebih cepat dan mudah dengan
menggunakan mana-mana cara sekalipun, saya telah membuat
keputusan untuk turut memasukkannya ke dalam internet supaya
faedahnya bertambah luas.
- Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Syeikh
Muhammad Nadim Asy-Syahabiy, di atas kesudiannya meluangkan
sedikit masanya yang sangat berharga untuk menyemak dan
memeriksa risalah ini semoga Allah membalas beliau kerana
melakukan usaha untuk kami dan umat Islam dengan balasan
yang baik.
- Kami mengharapkan daripada Allah supaya kerja ini
dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam di atas muka bumi ini,
di timur dan barat. Semoga usaha ini diganjarkan dengan
balasan pahala dan dikira sebagai amalan yang ikhlas serta
diterima oleh Allah. Allahlah segala-galanya yang merancang
di sebalik usaha ini kerana Dia adalah sebaik-baik pembuat
keputusan dan saya akhiri doa saya dengan ucapan:
الحمد لله رب
العالمين
Jurutera Abdul Wahab
Bakri Bawadaqji
Halab – Syria
24 Syaaban 1423 H
Anda boleh
menghantar kritikan dan pandangan anda kepada kami di
e-mail:
hajj@dalil-alhaj.com