Haji:
Ia adalah rukun kelima dari rukun-rukun asas Islam dan ia
mempunyai keistimewaan dengan menghimpunkan kesemua rukun-rukun yang lain.
Pengertiannya dari sudut bahasa:
Menuju kepada Allah Yang Maha Agung.
Pengertiannya dari sudut istilah syarak:
Menziarahi tempat-tempat tertentu pada masa-masa tertentu dengan melakukan
pekerjaan-pekerjaan tertentu.
Kelebihan Haji:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda:
(Sesiapa yang mengerjakan Haji dan dia tidak
mencampuri isterinya serta tidak melakukan maksiat, dia akan kembali
sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya).
Syarat-syarat Wajib Mengerjakan Haji:
Bentuk-bentuk
Berkemampuan:
- Selamat tubuh badan
- Aman perjalanan
|
- Tidak ditahan
- Terdapat mahram atau suami bagi perempuan
|
- Tidak berada dalam idah bagi perempuan
|
Syarat-syarat Sah
Mengerjakan Haji:
- Islam
- Berihram
- Masa (Miqat ihram menepati masa)
|
- Tempat (Miqat ihram mengikut tempat)
- Mumayyiz
- Berakal
|
- Boleh melakukan pekerjaan dengan sendirinya
melainkan ketika keuzuran
- Tidak bersetubuh
|
Cara-cara
Mengerjakan Ibadat Haji:
Ia terdiri dari tiga cara iaitu:
1- Ifrad: Iaitu berniat Haji sahaja.
2- Tamattu': Iaitu berniat Umrah terlebih
dahulu (iaitu dia berihram Umrah dari miqat yang ditetapkan untuk
negerinya kemudian dia bertahallul dari ihram tersebut seterusnya
berihram untuk Haji dari Mekah).
Dinamakan sebagai Tamattu'
kerana dia memilih cara yang membolehkannya untuk melakukan
perkara-perkara yang dilarang semasa ihram di antara Umrah dan Haji.
|
3- Qiran: Iaitu
berniat Haji dan Umrah bersama-sama (iaitu berihram Haji dan Umrah
bersama-sama secara serentak).
Firman Allah Taala:
(فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى
الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْي فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ
ثَلاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ تِلْكَ
عَشَرَةٌ كَامِلَة ٌذَلِكَ لِمَنْ لَمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي
الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ)
Yang bermaksud:
Maka
sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan
terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji,
(bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang
mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah
dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi
apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh
(hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal
menetap (di sekitar) Masjidilharam (Mekah). (Surah Al-Baqarah, Ayat:
196).
Jemaah Haji yang
mengerjakan Haji Qiran dan Tamattu' diwajibkan menyembelih
kambing biri-biri (dam) sebagai tanda syukur kepada Allah Taala
kerana dia berjaya mengerjakan Umrah dan Haji pada bulan-bulan
Haji dengan baik serta di dalam satu perjalanan musafir,
sekiranya dia tidak mampu menyembelih dam, dia hendaklah
berpuasa selama tiga hari pada musim Haji dan tujuh hari selepas
dia pulang ke tanah airnya. |
Ke Atas