Persediaan Untuk Musafir Haji:
Sebelum
musafir untuk mengerjakan Haji bakal jemaah Haji hendaklah melakukan perkara-perkara
berikut:
- 1. Kembali kepada Allah dengan bertaubat dari segala dosa-dosa.
- Mengembalikan hak-hak dan apa yang diambil secara zalim kepada tuan-tuanya.
- Jaminan perbelanjaan Haji dari rezeki yang halal lagi baik.
- Mempunyai teman yang solih cintakan kepada kebaikan dan boleh membantunya.
- Berjanji untuk:
- Tidak akan melakukan maksiat selama-lamanya.
- Tetap berpegang dengan sunnah Nabi s.a.w.
- Ikhlas mengerjakan Haji kerana Allah Taala dan tujuan serta niat
hendaklah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
- Memberi penumpuan semata-mata untuk beribadat.
- Tidak berbantah, bergaduh, bertengkar dan sibuk dengan orang ramai.
Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Musafir
Dan Doa-doanya:
- Orang yang musafir sunat mengucapkan selamat tinggal kepada kaum
keluarganya, kawan-kawannya serta kenalan-kenalannya.
- Orang musafir berkata kepada orang yang dia tinggalkan:
(استودعكم الله الذي لا تضيع ودائعه).
(استودع الله دينك وأمانتك وخواتيم عملك، في
حفظ الله وكنفه زودك الله التقوى وغفر ذنبك ووجهك للخير حيثما توجهت).
- Sebelum bertolak dia disunatkan mendirikan sembahyang sunat musafir
sebanyak dua rakaat, pada rakaat yang pertama dia membaca (....قل يا
أيها الكافرون) dan pada rakaat yang kedua pula dia membaca (....قل هو
الله أحد) selepas membaca Al-Fatihah.
- Selepas selesai sembahyang dia membaca ayat Al-Kursi.
- Ketika keluar dari rumahnya dia membaca:
(بسم الله، توكلت على الله، لا حول و لا قوة
إلا بالله، اللهم إني أعوذُ بكَ أن أَضِلَّ أو أُضلَّ أو أَزِلَّ أو أُزَلَّ،
أو أَظلِمَ أو أُُظلَمَ، أو أَجهَلَ أو ُيجهَلَ عَلَيَّ).
- Kemudian selepas menaiki kenderaan dia bertakbir sebanyak tiga kali:
(الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر)
kemudian dia membaca:
(سبحان الذي سخر لنا هذا و ما كنا له مقرنين
و إنا إلى ربنا لمنقلبون، اللهم هون علينا سفرنا هذا و اطوِ عنا بعده،
اللهم أنت الصاحب في السفر والخليفة في المال والأهل، اللهم إني أعوذ بك
من وعثاء السفر وكآبة المنظر وسوء المنقلب في المال والأهل).
- Kemudian dia membaca ayat Al-Kursi, surah Al-Ikhlas, surah Al-Masad
dan surah An-Nas.