Haji Perempuan Haid dan Nifas:
- Apabila seseorang perempuan datang haid atau nifas sedangkan dia
berada dalam ihram, dia diharuskan untuk mengerjakan kesemua ibadat
Hajinya kecuali tawaf dan saie dan selepas itu digugurkan tawaf
qudum daripadanya apabila dia wuquf di Arafah dan dia hendaklah
menunggu sehingga suci. Selepas itu dia tawaf Ifadhah dan tawaf
wida', seterusnya bersaie sebagai saie Haji. Langkah ini sekiranya
dia mengerjakan Haji Ifrad, tetapi sekiranya dia mengerjakan Haji
Tamattu' atau Qiran, bererti dia hanya perlu mengerjakan pekerjaan
Haji Ifrad dan dia tidak perlu mengerjakan pekerjaan Haji Tamattu'
atau Qiran jika dia masih belum suci sebelum wuquf di Arafah.
Sekiranya dia suci dia perlu mengerjakan pekerjaan Haji Qiran dan
Tamattu'.
- Apabila dia wuquf di Arafah sedangkan dia berada dalam keadaan
suci, dia wajib mengerjakan tawaf Ifadhah sebelum datang haid supaya
tawaf Ifadhah tidak terlewat sehingga selepas suci.
- Apabila dia telah mengerjakan tawaf Ifadhah kemudian dia datang
haid, dia tidak perlu lagi mengerjakan tawaf Wida', jika dia ingin
meninggalkan Mekah sebelum suci.
Perkara Yang Dikhususkan Hanya Untuk
Wanita Sahaja:
Terdapat dua belas perkara yang dikhususkan untuk wanita
sahaja iaitu:
- Wanita diharuskan memakai pakaian yang berjahit di dalam Ihram
dengan syarat pakaian tersebut tidak dicelup dengan pewarna seperti
pewarna merah, kuning atau oren.
- Wanita diharuskan memakai sepasang khuf dan sepasang sarung
tangan di sisi mazhab Hanafi sedangkan di sisi mazhab yang lain
melarang dari memakai sepasang sarung tangan.
- Wanita diwajibkan menutup kepalanya.
- Wanita tidak boleh menguatkan suaranya dengan talbiah.
- Tidak berlari-lari anak pada tawaf.
- Tidak perlu mengikut cara sebagaimana lelaki ketika bersaie di
antara dua garisan hijau dan tidak perlu bersegera.
- Tidak perlu mencukur rambutnya bahkan memadai dengan
mengguntingnya.
- Tidak perlu mengucup Hajarulaswad ketika terdapat sekumpulan
lelaki malah memadai dengan mengisyaratkan kepadanya sahaja.
- Tidak perlu memberi upah kerana meninggalkan tawaf Wida' apabila
dia berada dalam keadaan haid.
- Tidak perlu memberi upah kerana terlewat tawaf ziarah pada
hari-hari menyembelih jika ketinggalan atau kelewatan tersebut
disebabkan oleh haid atau nifas.
- Dia hendaklah tawaf di kawasan pinggir tempat tawaf.
- Tidak wuquf berhampiran dengan Jabal Rahmah dan kedua-dua
perintah terakhir ini adalah supaya dia tidak bersesak-sesak dengan
lelaki.
|