Nasihat-nasihat dan Masalah-masalah Penting Jemaah Haji:
Nasihat Umum:
- Mengelakkan diri dari berhutang untuk mengerjakan ibadat Haji
kerana tindakan sedemikian adalah salah memandangkan Haji tidak
diwajibkan melainkan kepada orang-orang yang berkemampuan untuk
mengerjakannya sahaja.
- Cuba berusaha mempelajari ibadat ini supaya tidak mendedahkan diri
anda ke dalam perkara yang boleh merosakkan pekerjaan anda atau
mengurangkan pahala anda dalam keadaan anda tidak sedar.
- Cuba berusaha untuk mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w mengikut
kemampuan anda dan keadaan anda.
- Ketahuilah wahai saudaraku jemaah Haji bahawa mengikut mazhab
adalah merupakan suatu kemestian di dalam Haji dan jangan cuba untuk
membebankan diri anda lebih dari kemampuan anda kerana (Allah tidak
memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya).
- Cuba berusaha untuk mengelakkan diri anda dari memerhati manusia
dan tumpukan kepada pekerjaan anda dan cara melakukan ibadat anda,
kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan anda terlihat sesuatu
yang boleh jadi perkerjaan yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam
adalah pelik bagi anda sedangkan perkara itu adalah disebabkan
kejahilan mereka, cuba selesaikan dalam keadaan tenang dan bersabar
kerana ia adalah sebahagian dari tanda kebesaran penciptaan Allah.
- Elakkan diri anda dari melakukan maksiat dan jauhkan diri anda dari
bertengkar dan berbalah.
7. Elakkan diri anda dari bersesak dengan manusia serta menyakiti
mereka di dalam Tawaf, Saie dan ibadat-ibadat yang lain.
- Elakkan diri anda dari merempuh atau menenyeh wanita di
tempat-tempat yang terlalu penuh sesak (seperti Tawaf, Saie dan di
Arafah).
- Jangan persoalkan diri anda atau orang lain tentang sebab pekerjaan
sebahagian ibadat dan cuba menyerahkan diri anda kepada Allah Taala.
- Anda hendaklah bersikap lemah lembut dengan penduduk dua tanah
Haram dan jagalah diri anda supaya tidak berlaku kasar dan bengis
bersama mereka kerana sesungguhnya penduduk Mekah adalah jiran
Baitullah dan penduduk Madinah adalah jiran Rasulullah s.a.w.
Nasihat Di Dalam Tawaf:
- Ketahuilah wahai saudaraku bahawa Tawaf adalah Tahiyat di Al-Haram
dan ia adalah sama seperti sembahyang cuma diharuskan bercakap,
oleh sebab itulah ia disyaratkan supaya suci dari hadas besar dan
kecil serta menutup aurat.
- Elakkan dari berdiri terlalu lama di Hajarulaswad untuk
memberi isyarat kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan
berlaku kesesakan yang sangat dahsyat.
- Elakkan dari bersesak untuk mengucup Hajarulaswad kerana
mengucupnya adalah sunat dan tidak menyakiti diri anda serta orang
lain adalah wajib, malah perkara wajib lebih patut diikuti
berbanding dengan perkara sunat.
- Jemaah Haji disunatkan supaya khusyuk dan tenang di dalam
tawafnya.
- Muwalat (berturut-turut) di antara pusingan-pusingan di dalam
tawaf adalah sunat muakkad.
- Elakkan diri anda dari mematahkan jari-jari anda supaya
mengeluarkan bunyi dan juga menyilangnya di dalam tawaf
sebagaimana di dalam tawaf juga makruh makan, minum dan bercakap
selain dari berzikir dan berdoa.
- Makruh tawaf dalam keadan menahan kencing dan berak atau
kentut.
- Berhati-hati supaya melakukan tawaf melalui bahagian luar
binaan Hijir Ismail, bukan melalui bahagian dalamnya kerana cara
yang sedemikian bermakna jemaah Haji melakukan tawaf di sebahagian
Kaabah sahaja dan tindakan itu membatalkan pusingan tawaf yang
sedang dia lakukan.
- Elakkan dari mengangkat suara di dalam tawaf kerana mengangkat
suara kadangkala boleh mengganggu orang lain yang melakukan tawaf.
- Elakkan dari berlari-lari anak di dalam setiap pusingan tawaf
kerana berlari-lari anak adalah sunat pada tiga pusingan pertama
tawaf sahaja yang selepasnya disusuli dengan saie.
- Sunat berlari-lari anak pada tiga pusingan tawaf yang pertama
dan ittiba' (sopan) di dalam pusingan-pusingan yang lain yang
disusuli dengan saie selepasnya.
- Wanita tidak disunatkan berlari-lari anak di dalam tawaf
begitu juga di dalam saie.
- Elakkan dari ittiba' (sopan) ketika selawat.
- Elakkan dari menyentuh maqam Ibramim dan menciumnya kerana
perbuatan ini adalah bidaah bercanggah dengan sunnah begitu juga
dengan berpegang pada dinding kaabah.
- Elakkan dari terlalu berusaha untuk sembahyang di belakang
maqam Ibrahim selepas tawaf ketika keadaan terlalu penuh sesak dan
harus sembahyang di mana-mana tempat di dalam Masjidilharam.
- Perempuan hendaklah menjaga dirinya supaya tidak
memperlihatkan rambutnya ketika bertahallul (ketika bergunting).
Nasihat Pada Hari Arafah:
- Sentiasa memastikan untuk bertalbiah di dalam perjalanan ke
Arafah.
- Elakkan dari malas, membuang waktu serta tidak mahu lagi sibuk
berdoa dan berzikir pada hari Arafah kerana Nabi s.a.w bersabda:
Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah.
- Sentiasa memastikan untuk menghadap kiblat ketika berdoa
sekadar termampu.
- Berusaha untuk wuquf di dalam kawasan Arafah bukan di luarnya.
- Jemaah Haji hendaklah mengambil perhatian bahawa di dalam
masjid Namirah hanya tiga perempat sahaja yang termasuk di dalam
Arafah manakala satu perempat lagi berada di luar Arafah, oleh
yang demikian berhati-hatilah tentang perkara tersebut jika tidak
anda akan kehilangan wuquf di Arafah menyebabkan Haji anda tidak
sah.
- Elakkan dari wuquf di Jabal Rahmah kerana tindakan itu akan
menyebabkan berlaku kesesakan dan boleh menyakiti orang lain.
- Berusaha untuk turun dari selepas tenggelam matahari, dengan
demikian anda menghimpunkan di antara malam dan siang, sekiranya
anda turun sebelum Maghrib maka anda diwajibkan membayar dam.
- Jagalah diri anda supaya tidak buruk sangka pada Allah iaitu
anda menyangka Allah tidak mengampunkan dosa anda kerana itu
merupakan dosa pertama yang anda lakukan.
Nasihat Di Mina:
- Anda wajib memastikan bahawa ketulan batu memang terjatuh ke
tempat lontaran dan tidak melontar dengan cara yang tidak
sepatutnya.
- Elakkan dari melontar kesemua batu-batu secara serantak kerana
tindakan sedemikian tidak dikira bagi jemaah Haji cuma ia dikira
sebagai satu lontaran sahaja.
- Elakkan diri anda dari melontar secara berlawanan dengan
susunannya bahkah wajib dimulakan dari Sughra kemudian, Wusta
seterusnya Kubra.
- Elakkan dari melontar dengan bilangan yang lebih sedikit atau
lebih banyak secara sengaja melainkan jika anda telah ragu-ragu di
dalam bilangannya.
- Jangan lupa berdoa selepas melontar di Jamrah Sughra dan Wusta
kerana ia bercanggah dengan sunnah dan meluputkan diri anda dari
melakukan kebaikan yang sangat besar.
- Jangan berdoa selepas melontar di Jamrah Kubra (Jamrah Aqabah)
kerana ia bercanggah dengan sunnah.
Nasihat Di Madinah Munawwarah:
- Iltizam dengan sunnah Nabi secara baik dan menetapkannya.
- Ketika jemaah Haji dipesan supaya menyampaikan salam kepada
Rasulullah s.a.w oleh seseorang maka janganlah kamu berkata
Assalamu'alaikum wahai Rasulullah daripada (syeikh, Haji, jurutera
atau doktor si Polan) bahkan sebut sahaja namanya kerana tidak ada
mana-mana kedudukan di hadapan penghulu segala Rasul s.a.w.
- Berusaha untuk mendirikan sembahyang di Raudhah kerana Raudhah
adalah merupakan sebahagian dari taman-taman syurga.
- Tidak memegang dan mencium dinding maqam.
- Berjalan di Madinah dalam keadaan tenang, sopan serta penuh
beradab kerana anda berjalan mengikut langkah Nabi s.a.w dan para
sahabat.
- Tidak sukan atau bercakap dengan kuat di mana mengangkat suara
di sisi Rasulullah s.a.w boleh menggugurkan amalan soleh.
- Tidak merokok, apabila anda merupakan perokok, berusahalah
bersungguh-sungguh untuk berhenti dari merokok di tanah suci
kerana tidak sedemikian merupakan perbuatan fasiq terutama di
Madinah Rasulullah s.a.w. malah ia juga dianggap sebagai tidak
beradab bersama Rasulullah s.a.w.
|