Tawaf:
-
Disunatkan
menghadap kaabah pada permulaan Tawaf iaitu secara menjadikan
Hajarulaswad berada di kanannya kemudian dia berpindah pula untuk
menghadap Hajarulaswad dan berniat tawaf (tawaf Umrah atau tawaf Qudum).
-
Dia mulakan dari marmar yang berwarna coklat sambil membaca:
(بسم الله والله أكبر اللهم إيماناً بك وتصديقاً بكتابك ووفاء بعهدك
وإتباعاً لسنة نبيك).
-
Dia melambai Hajarulaswad dan mengucupnya jika dapat berbuat
demikian.
-
Tetapi jika tidak dapat mengucupnya, dia bolehlah menyentuhnya
dengan menggunakan tangan kanannya (istilah) kemudian mencium
tangannya.
-
Jika dia masih juga tidak dapat berbuat demikian dia bolehlah
berdiri menghadap Hajarulaswad sambil mengisyaratkan kepadanya dengan
menggunakan kedua belah tangannya sebanyak sekali sahaja sambil dia
menyebut (بسم الله والله أكبر) kemudian dia memulakan tawaf.
Cara isyarat tangan (dia mengangkat kedua belah tangannya
sehingga ke paras bahu sambil menjadikan tapak tangan ke arah
Hajarulaswad dan menunjukkan kedua-dua belah tangannya sebanyak sekali
sahaja)
|
-
Tawaf
adalah terdiri dari tujuh pusingan, disunatkan berlari-lari anak
pada tiga pusingan pertama dan ittiba' (sopan) pada setiap pusingan
yang lain dan setiap tawaf mesti disululi dengan Saie.
-
(Berlari-lari anak dan ittiba' (sopan) bagi lelaki sahaja), ia
dilakukan di dalam tawaf yang disusuli dengan saie sahaja, apabila
selesai dari tawaf dia menutup kedua bahunya.
-
Dipintu Kaabah dia membaca:
(اللهم إن البيت بيتك، والحرم حرمك، والأمن أمنك، وهذا مقام العائذ بك).
-
Dirukun Iraqi dia membaca:
(اللهم إني أعوذ بك من الشك و الشرك والشقاق والنفاق وسوء الأخلاق وسوء
المنظر في المال والأهل والولد).
-
Dirukun
Syami dan Yamani dia membaca:
(اللهم اجعله حجاً مبروراً وسعياً مشكوراً وذنباً مغفوراً وعملاً
مقبولاً وتجارة لن تبور يا عزيز يا غفور).
-
Dia disunatkan istilam rukun Yamani setiap kali dia melaluinya
di dalam tawaf iaitu dengan menyentuh rukun ini dengan menggunakan
dua belah tapak tangannya atau dengan menggunakan tangan kanannya.
Sekiranya tidak dapat berbuat demikian dia boleh digantikan dengan
mengisyarat kepadanya sahaja malah sunat berdoa di rukun Yamani
kerana ia adalah mustajab di mana di sana terdapat seramai tujuh
puluh ribu malaikat yang akan menyebut amin.
Supaya sah tawaf, orang yang melakukan tawaf hendaklah
berhenti betul-betul dari berjalan ketika istilam rukun Yamani.
|
(رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ)
(اللهم إني أعوذ بك من الكفر والفاقة ومواقف الخزي في الدنيا والآخرة).
-
Pada tiga pusingan tawaf yang pertama dia hendaklah banyak membaca:
(اللهم اجعله حجاً مبروراً وذنباً مغفوراً وسعياً مشكورا.)
-
Manakala pada empat pusingan yang berbaki dia membaca:
(اللهم اغفر وارحم واعف وتكرم، وتجاوز عما تعلم, إنك أنت الأعز الأكرم)
-
Banyak berdoa untuk memohon kebaikan di dunia dan akhirat.
-
Pada penutup tawaf, dia istilam Hajarulaswad atau dia
mengisyaratkan kepadanya dengan menggunakan dua belah tapak tangan dan
pada setiap kali dia melalui di hadapannya ketika tawaf.
Sembahyang Sunat Tawaf Dua Rakaat:
Selepas selesai tawaf dia mendirikan sembahyang sunat tawaf sebanyak dua
rakaat di belakang maqam Ibrahim walaupun di hujung Masjidilharam
ataupun harus dilakukan di mana-mana tempat di dalam Masjidilharam
ketika keadaan penuh sesak.
Pada rakaat pertama dia membaca: (قل يا أيها الكافرون) dan pada rakaat
yang kedua pula dia membaca (قل هو الله آحد) selepas membaca Al-Fatihah.
Allah s.w.t berfirman:
(واتخذوا من مقام إبراهيم مُصَلَّى)
Yang bermaksud:
Jadikanlah maqam Ibrahim itu sebagai
tempat sembahyang.
Selepas sembahyang dia berdoa:
(اللهم إنك دعوت عبادك إلى بيتك, وقد جئت طالباً رحمتك, ومبتغياً رضوانك,
وأنت مننت علي بذلك, فاغفر لي, إنك على كل شيء قدير)
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, tawaf di baitullah adalah sembahyang
cuma Allah mengharuskan bercakap, oleh yang demikian sesiapa yang ingin
bercakap jangan dia bercakap melainkan perkara yang baik sahaja. Malah
di dalam tawaf juga disyaratkan supaya suci dari hadas besar dan kecil
serta menutup aurat.
Di dalam keadaan terputus tawaf untuk sembahyang atau
memperbaharui wuduk, tawaf hendaklah disempurnakan dari awal pusingan
yang sedang dia berada.
|
>>
Multazam - Zamzam