Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram
Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram
Laman Utama Sekitar Haji Musafir Haji Ibadat Haji Ziarah Madinah Perjalanan Pulang Haji Wanita Nasihat Pameran Gambar Sekitar Laman Web
Hari Keempat: (Pertama Hari Tasyrik, Kedua Hari Menyembelih).
  • Di Mina jemaah Haji melontar ketiga-tiga jamrah pada hari ini, sunat dia mulakan dengan Jamrah Sughra, kemudian wusta, kemudian kubra (Aqabah), setiap jamrah tadi dilontar dengan tujuh biji batu kecil sambil membaca pada setiap lontaran:

(بسم الله، والله أكبر رغماً للشيطان وحزبه وإرضاءً للرحمن).

  • Selepas setiap jamrah kecuali jamrah Aqabah Kubra, dia berdoa sambil mengangkat kedua belah tangannya menghadap Kaabah serta berselawat kepada Nabi s.a.w dan memohon permintaannya sambil membaca:

(اللهم اجعله حجاً مبروراً وذنباً مغفوراً وعملاً صالحاً مقبولاً وتجارة لن تبور).

  • Waktu melontar adalah dari gelincir matahari (waktu Zuhur) sehingga terbit matahari hari yang berikutnya tetapi sunat di antara gelincir matahari dan Maghrib.
  • Jamrah Aqabah dilontar dalam keadaan menghadap ke arah Jamrah dan menjadikan Mina berada di kanannya manakala jalan Mekah pula berada di kirinya. Manakala melontar dari atas jambatan, ia boleh dilakukan dari mana-mana arah sekalipun.
  • Adapun jamrah Sughra dan Wusta pula, ia dilontar dari semua arah.

Hari Kelima: (Kedua Hari Tasyrik, Ketiga Hari Menyembelih).

Jemaah Haji juga diwajibkan melontar ketiga-tiga jamrah sebagaimana yang dilontar pada hari sebelumnya dengan mengikut susunan yang sama dan cara serta waktu yang sama kemudian jemaah Haji bergegas untuk ke Mekah.

Hari Keenam: (Ketiga Hari Tasyrik, Keempat Hari Menyembelih).

  • Jika jemaah Haji terlewat di Mina sehingga ke masa selepas tenggelam matahari hari ketiga iaitu hari menyembelih, dia wajib melontar ketiga-tiga jamrah pada hari keempat. Waktu melontar adalah dari terbit matahari sehingga ke waktu tenggelam matahari (Maghrib).

(وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ تَعَجَّلَ فِي يَوْمَيْنِ فلا إِثْمَ عَلَيْهِ وَمَنْ تَأَخَّرَ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ لِمَنِ اتَّقَى وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ إِلَيْهِ تُحْشَرُون).

Yang bermaksud:

Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka dia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka dia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertakwa. Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya. (Surah Al-Baqarah, Ayat: 203).

Setelah itu jemaah bergegas pergi ke Mekah.

>> Tawaf Wida'

By: Castalia

© Copyright Information. Dalil-Alhaj.com