Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram
Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram
Laman Utama Sekitar Haji Musafir Haji Ibadat Haji Ziarah Madinah Perjalanan Pulang Haji Wanita Nasihat Pameran Gambar Sekitar Laman Web
Ifadhah Dari Arafah Ke Muzdalifah:
  • Apabila tenggelam matahari hari Arafah jemaah Haji menuju ke Muzdalifah sambil bertalbiah, bertakbir, bertahlil dan memuji kepada Allah sambil berkata:

(الله أكبر الله أكبر الله أكبر، لا إله إلا الله والله أكبر، الله أكبر ولله الحمد)

Serta berkata:

(إليك اللهم أرغب, وإياك أرجو, فتقبل نسكي ووفقني, وارزقني فيه من الخير أكثر مما أطلب, ولا تخيبني, إنك أنت الله الجواد الكريم).

  • Jemaah Haji berjalan ke Muzdalifah dalam keadaan tenang, perlahan-lahan serta tetap tanpa tergesa-gesa supaya tidak menyakiti orang lain.
  • Ketika jemaah Haji sampai ke Muzdalifah, dia cuba berhenti berhampiran dengan masjid Masy'arilharam (Jabal Qazah) jika tidak menjadi kesulitan untuk berbuat demikian.
  • Dia disunatkan banyak berdoa, berzikir, bertalbiah dan membaca mana-mana ayat Al-Quran yang mudah baginya.

( فَإِذَا أَفَضْتُمْ مِنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُوا اللَّهَ عِنْدَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ وَإِنْ كُنْتُمْ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّين َ* ثُمَّ أَفِيضُوا مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسُ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيم)

  • Yang bermaksud:
    Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ari Haram (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutNya sebagaimana Dia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya. Selain daripada itu kamu hendaklah bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun) sesungguhnya Allah amat pengampun lagi amat mengasihani.
  • Kemudian dia mendirikan sembahyang Maghrib dan Isyak selepas masuk waktu Isyak secara jamak dengan sekali azan dan sekali iqamat serta melewatkan sembahyang sunat Maghrib, Isyak dan witir sehingga selepas selesai mendirikan fardhu Isyak.
  • Di antara doa-doa yang ma'thur di Muzdalifah ialah:

(اللهم إني أسألك فواتح الخير وخواتمه وجوامعه وأوله وآخره وظاهره وباطنه والدرجات العلا في الجنة, وأن تصلح لي شأني كله, وأن تصرف عني الشر كله, فإنه لا يفعل ذلك غيرك, ولا يجود به إلا أنت).

Dia banyak beristighfar dan bermalam di Muzdalifah sehingga tengah malam.

  • Kemudian jemaah Haji berbekal dengan batu-batu kecil dengan jumlah sebanyak 70 ketul batu (saiz lebih besar sedikit dari kacang kuda dan kecil sedikit dari kacang itik) untuk melontar ketiga-tiga jamrah.
  • Apabila terbit fajar, jemaah Haji disunatkan mendirikan sembahyang Subuh pada awal waktunya, kemudian dia berkata:

(الله أكبر الله أكبر الله أكبر, لا إله إلا الله و الله أكبر, الله أكبر و لله الحمد)

  • Dia juga berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berdoa sambil mengangkat kedua belah tangannya ke langit.
    Perlu diperhatikan bahawa Muzdalifah kesemuanya tempat berhenti untuk bermalam melainkan Wadi Muhassir.

>> Berjalan Ke Mina

By: Castalia

© Copyright Information. Dalil-Alhaj.com