Hari Ketiga: (Berjalan Ke Mina /
Hari Menyembelih)
- Selepas sembahyang Subuh dan sebelum terbit matahari,
jemaah Haji beredar menuju ke Mina sambil mengerahkan
tenaganya di dalam banyak bertalbiah, malah sebaik-baiknya
dia membaca di dalam perjalanannya:
(اللهم إليك أفضت، ومن عذابك
أشفقت، وإليك توجهت، ومنك رهبت، اللهم تقبل نسكي، وأعظم أجري،
وارحم تضرعي، واستجب دعوتي)
dan dia berselawat kepada Nabi s.a.w.
- Apabila sampai di Wadi Muhassir jemaah Haji
mempercepatkan perjalanannya dan ketika sampai di Mina dia
membaca:
(الحمد لله الذي بلغنيها سالماً
معافى، اللهم هذه مِنى قد أتيتها وأنا عبدك، وفي قبضتك،
أسألك أن تمن علي بما مننت به على أوليائك، اللهم إني أعوذ
بك من الحرمان والمصيبة في ديني، يا أرحم الراحمين).
- Beberapa pekerjaan yang dilakukan di Mina pada hari
menyembelih ialah: Melontar Jamrah Aqabah - Menyembelih -
Bercukur - Tawaf Ifadhah - Bersaie jika masih belum
bersaie sebelum itu.
1- Melontar Jamrah Aqabah:
- Jemaah Haji melontar tujuk ketul batu di mana dia
membaca ketika melontar setiap ketulan batu:
(بسم الله، والله أكبر, رغماً
للشيطان وحزبه وإرضاءً للرحمن)
-
Jemaah
Haji memberhentikan talbiah dengan lontaran yang pertama.
- Waktu melontar adalah dari fajar hari menyembelih
sehinggalah ke fajar hari yang berikutnya tetapi sunat
melontar pada waktu di antara terbit matahari sehingga
gelincir matahari dan harus melontar selepas maghrib
sehingga fajar tetapi makruh melainkan kerana keuzuran.
- Melontar jamrah ialah secara melontar ketulan batu
kecil pada tiang Jamrah atau jatuh ke dalam kawasan
sekitarnya, jemaah Haji hendaklah berada dalam keadaan
berdiri menghadap Jamrah di mana dia menjadikan Mina
berada di kanannya dan jalan Mekah berada di kirinya
manakala melontar dari atas jambatan ia boleh dilakukan
dari mana-mana arah sekalipun.
2- Bercukur Atau Bergunting:
- Wajib mencukur rambut atau mengguntingnya sekadar
hujung jari (2 sm) dan disunatkan bercukur rambut di
seluruh kepala dan dengan menggunakan pisau cukur
berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w:
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda:
(Allah merahmati orang-orang yang
bercukur. Para sahabat berkata: Bagaimana dengan
orang-orang yang bergunting wahai Rasulullah? Baginda
bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para
sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang
bergunting wahai Rasulullah? Baginda tetap bersabda: Allah
merahmati orang-orang yang bercukur. Para sahabat berkata
lagi: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai
Rasulullah? Kemudian barulah baginda bersabda: Dan juga
orang-orang yang bergunting).
Manakala perempuan hanya perlu menggunting rambutnya
sekadar hujung jari sahaja.
Ketahuilah wahai
saudaraku jemaah Haji bahawa rambut ialah sesuatu
yang akan bertukar ganti dan ketika mencukur rambut
setiap helai rambut akan mendapat satu kebaikan dan
menghapuskan satu kejahatan daripada kamu serta
dengannya kedudukan kamu akan diangkat. |
- Sebaik-baiknya ketika bercukur dia membaca:
(الحمد لله على ما هدانا، الحمد
لله على ما أنعم به علينا، اللهم هذه ناصيتي, فتقبل مني
واغفر لي ذنوبي اللهم اغفر لي وللمحلقين والمقصرين يا واسع
المغفرة، آمين.)
Selepas selesai dari bercukur atau bergunting dia
membaca:
(الحمد لله الذي قضى عنا
نُسُكَنا).
Apabila jemaah Haji melakukan perbuatan tersebut
bermakna dia telah bertahallul dengan tahallul kecil, dan
dia dihalalkan untuk melakukan semua perkara yang
diharamkan semasa berihram melainkan bersetubuh dan
faktor-faktor yang mendorong kepadanya di mana
persetubuhan tidak dihalalkan baginya sehiggalah dia
melakukan tawaf Ifadhah.
>>
Tawaf Ifadhah