Tawaf Wida':Apabila
jemaah Haji ingin musafir, dia hendaklah tawaf di Baitullah
tanpa berlari-lari anak dan tidak juga perlu intiba' serta
saie. Tawaf ini dinamakan dengan tawaf Wida' dan ia adalah
wajib, kemudian dia mendirikan sembahyang sunat tawaf
sebanyak dua rakaat, seterusnya pergi ke telaga Zamzam dan
meminum airnya sambil menghadap ke arah Kaabah serta rasa
Tadhallu' dengan meminumnya sekadar termampu kemudian dia
pergi ke Multazam, dia merayu kepada Allah Taala memohon apa
sahaja dari urusan dunia dan akhirat yang dia inginkan di
mana dia mulakan doa dengan pujian dan selawat kepada Nabi
s.a.w. begitu juga dengan penutupnya. Di dalam doa dia
menyebut:
(اللهم البيت بيتك والعبد عبدك
وابن عبدك وابن أمتك, حملتني على ما سخرت لي من خلقك, وبلغتني
بنعمتك حتى أعنتني على قضاء مناسكك, فإن كنت رضيت عني فزدني
منك رضا, وإلا فَمُنَّ علي بالقبول و الرضا من محض فضلك يا ذا
الفضل العظيم ها أنا منصرف بإذنك غير مستبدل بك ولا بيتك, ولا
راغب عنك ولا عن بيتك).
(اللهم فأصحبني العافية في بدني
والعصمة في ديني, وأحسن منقلبي, وارزقني طاعتك ما أبقيتني,
واجمع لي خيري الآخرة والدنيا إنك على كل شيء قدير).
(اللهم ارزقني العود بعد العود,
المرة بعد المرة إلى بيتك الحرام, واجعلني من المقبولين عندك
يا ذا الجلال والإكرام, اللهم لا تجعله آخر العهد من بيتك
الحرام يا أرحم الراحمين).
Kemudian dia istilam (mengucapkan selamat) kepada
Hajarulaswad dan dia mengucupnya atau mengisyarat kepadanya
jika tidak dapat mengucupnya serta dia berjalan keluar dari
Al-Haram dalam keadaan mukanya menghadap ke arah pintu dan
jangan berjalan secara berpatah kembali ke belakang, dia
berpaling berkali-kali ke Kaabah teragak-agak untuk
meninggalkannya serta bercita-cita untuk kembali semula
menziarahi Baitul Atiq di mana ia menjadi tempat untuk
mendapatkan rahmat, keampunan dan keredhaan daripada Allah
Taala.
>>
Akhir Haji |
Kembali
Ke Ibadat Haji