Miqat Makani Ihram:
Iaitu tempat
yang tidak harus bagi orang yang ingin memasuki Mekah Al-Mukarramah
melepasinya melainkan dalam keadaan berihram dan bagi setiap penduduk
terdapat tempat miqat untuk dia berihram darinya.
Miqat penduduk Madinah: Zul Hulaifah dan dikenali dengan nama (Abar
Ali)
Miqat penduduk Syam: Juhfah (Rabigh)
Miqat penduduk Iraq: Zaatu Irqin
Miqat penduduk Yaman: Yalamlam.
Sesiapa yang ingin mengerjakan Umrah sedangkan dia berada di Mekah,
dia hanya perlu keluar ke Tan'im (Masjid Sayyidah Aisyah r.a) dan dia
berihram dari sana.