Berihram dari miqat dengan niat Haji sahaja kemudian disusuli dengan
talbiah.
Berihram Haji Ifrad:
Berihram
ialah niat dan talbiah.
Ia dilakukan dari tempat miqat atau sebelumnya supaya lebih tenang.
Apabila jemaah Haji ingin berihram dia disunatkan:
- Menggunting rambutnya atau mencukurnya mengikut kebiasaannya
sebelum itu.
- Memotong kukunya dan menghilangkan bulu kemaluannya.
- Mandi dan berwuduk.
- Memakai pakaian ihram iaitu sarung dan selendang putih, bersih dan
yang afdhal adalah yang baru.
- Memakai wangi-wangian kemudian mendirikan sembahyang sunat
sebanyak dua rakaat pada bukan waktu yang makruh.
Kemudian jemaah Haji bertalbiah dengan berkata:
لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك، إن
الحمد والنعمة لك والملك، لا شريك لك.
Dia mengulanginya sebanyak tiga kali dan dia mengakhirinya dengan
selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jemaah Haji mengulangi talbiah
setiap kali dia mendaki bukit, turun ke lembah bukit, menaiki kenderaan
atau turun darinya dan ketika berjumpa para sahabat, kenalan-kenalan
serta selepas selesai sembahyang.