Hari Ketiga: (Berjalan Ke Mina / Hari
Menyembelih)
- Selepas sembahyang Subuh dan sebelum terbit matahari, jemaah
Haji beredar menuju ke Mina sambil mengerahkan tenaganya di dalam
banyak bertalbiah, malah sebaik-baiknya dia membaca di dalam
perjalanannya:
(اللهم إليك أفضت، ومن عذابك أشفقت، وإليك توجهت، ومنك رهبت، اللهم تقبل
نسكي، وأعظم أجري، وارحم تضرعي، واستجب دعوتي)
dan dia berselawat kepada Nabi s.a.w.
- Apabila sampai di Wadi Muhassir jemaah Haji mempercepatkan
perjalanannya dan ketika sampai di Mina dia membaca:
(الحمد لله الذي بلغنيها سالماً معافى، اللهم هذه مِنى قد أتيتها وأنا
عبدك، وفي قبضتك، أسألك أن تمن علي بما مننت به على أوليائك، اللهم إني
أعوذ بك من الحرمان والمصيبة في ديني، يا أرحم الراحمين).
- Beberapa pekerjaan yang dilakukan di Mina pada hari menyembelih
ialah: Melontar Jamrah Aqabah - Menyembelih - Bercukur - Tawaf
Ifadhah - Bersaie jika masih belum bersaie sebelum itu.
1- Melontar Jamrah Aqabah:
- Jemaah Haji melontar tujuk ketul batu di mana dia membaca ketika
melontar setiap ketulan batu:
(بسم الله، والله أكبر, رغماً للشيطان وحزبه وإرضاءً للرحمن)
- Jemaah Haji memberhentikan talbiah dengan lontaran yang pertama.
- Waktu melontar adalah dari fajar hari menyembelih sehinggalah ke
fajar hari yang berikutnya tetapi sunat melontar pada waktu di
antara terbit matahari sehingga gelincir matahari dan harus melontar
selepas maghrib sehingga fajar tetapi makruh melainkan kerana
keuzuran.
- Melontar jamrah ialah secara melontar ketulan batu kecil pada
tiang Jamrah atau jatuh ke dalam kawasan sekitarnya, jemaah Haji
hendaklah berada dalam keadaan berdiri menghadap Jamrah di mana dia
menjadikan Mina berada di kanannya dan jalan Mekah berada di kirinya
manakala melontar dari atas jambatan ia boleh dilakukan dari
mana-mana arah sekalipun.
2- Menyembelih Dam:
- Ia diwajibkan kepada jemaah Haji yang mengerjakan Haji Tamattu'
dan Qiran sahaja dan di Mekah terdapat beberapa Yayasan yang boleh
diwakilkan oleh jemaah Haji untuk membeli Dam (biri-biri),
menyembelih dan mengagihkannya kepada orang-orang fakir di pelbagai
pelusuk dunia, sekiranya dia tidak dapat membayar dam dia hendaklah
berpuasa selama tiga hari pada musim Haji sebelum hari Arafah dan
tujuh hari apabila dia pulang ke tanah airnya.
2- Bercukur Atau Bergunting:
- Wajib mencukur rambut atau mengguntingnya sekadar hujung jari (2
sm) dan disunatkan bercukur rambut di seluruh kepala dan dengan
menggunakan pisau cukur berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w:
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
(Allah merahmati orang-orang yang bercukur. Para
sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai
Rasulullah? Baginda bersabda: Allah merahmati orang-orang yang bercukur.
Para sahabat berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang bergunting wahai
Rasulullah? Baginda tetap bersabda: Allah merahmati orang-orang yang
bercukur. Para sahabat berkata lagi: Bagaimana dengan orang-orang yang
bergunting wahai Rasulullah? Kemudian barulah baginda bersabda: Dan juga
orang-orang yang bergunting).
Manakala perempuan hanya perlu menggunting rambutnya sekadar hujung jari
sahaja.
Ketahuilah wahai saudaraku jemaah Haji bahawa rambut
ialah sesuatu yang akan bertukar ganti dan ketika mencukur rambut setiap
helai rambut akan mendapat satu kebaikan dan menghapuskan satu kejahatan
daripada kamu serta dengannya kedudukan kamu akan diangkat.
|
- Sebaik-baiknya ketika bercukur dia membaca:
(الحمد لله على ما هدانا، الحمد لله على ما أنعم به علينا، اللهم هذه
ناصيتي, فتقبل مني واغفر لي ذنوبي اللهم اغفر لي وللمحلقين والمقصرين يا
واسع المغفرة، آمين.)
Selepas selesai dari bercukur atau bergunting dia membaca:
(الحمد لله الذي قضى عنا نُسُكَنا).
Apabila jemaah Haji melakukan perbuatan tersebut bermakna dia telah
bertahallul dengan tahallul kecil, dan dia dihalalkan untuk melakukan
semua perkara yang diharamkan semasa berihram melainkan bersetubuh dan
faktor-faktor yang mendorong kepadanya di mana persetubuhan tidak
dihalalkan baginya sehiggalah dia melakukan tawaf Ifadhah.
>>
Tawaf Ifadhah