Hari Kedua: Hari 9 Zulhijah (Hari Arafah)
- Selepas terbit matahari pada hari Arafah jemaah Haji akan beredar
dari Mina menuju ke Arafah sambil membaca di dalam perjalanannya:
(اللهم إليك توجهت, ووجهَك الكريمَ أردت فاجعل ذنبي مغفوراً وحجي مبرورا,ً
وارحمني إنك على كل شيء قدير).
- Jemaah Haji hendaklah banyak bertalbiah dan membaca Al-Quran
seperti firman Allah:
(.....ربنا آتنا في الدنيا حسنة)
dan dia wuquf di Arafah.
-
Arafah
semuanya tempat wuquf tetapi yang paling afdhal ialah di tempat wuquf
Rasulullah s.a.w di batu-batu yang besar di bawah Jabal Rahmah.
- Apabila pandangan baginda terlihat kepada Jabal Rahmah, baginda
bertasbih kepada Allah dan bertakbir kepadaNya.
- Sunat dia menghala ke masjid Namirah untuk mendengar khutbah,
mendirikan sembahyang Zuhur dan Asar jamak taqdim pada waktu Zuhur
dengan satu azan dan dua iqamat bersama-sama imam umum tanpa
mendirikan sembahyang sunat di antara kedua-duanya.
- Jemaah Haji hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya hatinya
tetap khusyuk bersamanya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk
menangisi dosa yang dilakukan.
- Dia hendaklah banyak berdoa, bertahlil dan membaca Al-Quran samada
sambil berdiri atau duduk serta memperlahankan suaranya ketika berdoa,
turut menyebut kaum keluarganya di dalam doa dan mengulanginya
sebanyak tiga kali. Dia hendaklah berhati-hati supaya dapat memastikan
bahawa dia menghadap kiblat dan memulakan serta menutup doa dengan
tahmid dan tamjid di samping bertasbih kepada Allah dan berselawat
kepada Nabi s.a.w.
- Jemaah Haji disunatkan supaya mandi untuk melakukan ibadat Arafah.
|