Hari Pertama: Hari Kelapan Zulhijah.
Pada pagi hari Tarwiah iaitu hari kelapan Zulhijah, jemaah Haji Tamattu'
berihram semula dan dia mendirikan sembahyang sunat ihram dua rakaat
kemudian membaca:
(اللهم إني أريد الحج فيسره لي وتقبله مني، نويت الحج وأحرمت به لله تعالى
فإن حبسني حابس فمحلي حيث حبستني).
Kemudian jemaah Haji bertalbiah dengan berkata:
لبيك اللهم لبيك، لبيك لا شريك لك لبيك، إن الحمد والنعمة لك والملك، لا
شريك لك.
Dia mengulanginya sebanyak tiga kali dan dia mengakhirinya dengan
selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika jemaah Haji Tamattu' ingin mendahulukan saie Haji sebelum Tawaf
Ifadhah supaya tidak membebankan dirinya selepas dia pulang dari Arafah,
dia bolehlah berbuat demikian iaitu dengan menambah tawaf sunat, dia
ittiba' (sopan) pada setiap pusingan dan berlari-lari anak pada tiga
pusingan pertama kemudian dia bersaie selepas itu sebagai saie Haji.
Bertolak Ke Mina:
Selepas sembahyang Subuh di Mekah, semua jemaah Haji keluar ke Mina
selepas terbit matahari dan sembahyang sunat Dhuha, kemudian dia
menunggu di sana sehingga terbit matahari hari Arafah iaitu dia
mendirikan sembahyang lima waktu di Mina iaitu (Zuhur – Asar – Maghrib –
Isyak – dan Subuh hari berikutnya iaitu hari kesembilan Zulhijah).
Ketika menghala ke Mina jemaah Haji membaca:
اللهم إياك أرجو ولك أدعو فبلغني صالح أملي وأغفر لي وأمنن علي بما مننت به
على أهل طاعتك، إنك على كل شيء قدير.
Manakala di Mina pula, jemaah Haji banyak berzikir sambil membaca:
(ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار).
Jemaah Haji sunat menunggu dan sembahyang di masjid Al-Khif.
>>
Beredar Ke
Arafah