Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram
Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram
Laman Utama Sekitar Haji Musafir Haji Ibadat Haji Ziarah Madinah Perjalanan Pulang Haji Wanita Nasihat Pameran Gambar Sekitar Laman Web

Tempoh Kekal Berada Di Mekah Sehingga Hari Ke 8 Zulhijah:

Di dalam tempoh ini sepatutnya jemaah Haji menggunakan peluang untuk:

  • Banyak mendirikan sembahyang di Masjidilharam kerana (Sembahyang di dalamnya menyamai seribu sembahyang)
  • Banyak melakukan tawaf kerana tawaf yang dilakukan oleh Al-Aafaaqi adalah sebaik-baik ibadat di dalam Masjidilharam.

Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w:

(Sesiapa yang tawaf di Baitullah selama seminggu dan mendirikan sembahyang dua rakaat seolah-olah dia memerdekakan hamba).

Diriwayatkan juga daripada baginda s.a.w:

(Allah menurunkan kepada jemaah Haji di Baitullah Al-Haram setiap hari adalah sebanyak 120 rahmat: 60 untuk orang-orang yang tawaf, empat puluh untuk orang-orang yang mendirikan sembahyang dan 20 untuk orang-orang yang melihat kepada Kaabah)

Oleh yang demikian ketika seseorang jemaah Haji melakukan tawaf dan melihat kepada Kaabah, bererti dia mendapat 80 rahmat.

Diriwayatkan juga daripada baginda s.a.w:

(Sesiapa yang melakukan tawaf di Baitullah sebanyak 50 kali, dia akan dihapuskan segala dosanya sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya).

Sekali adalah sebanyak tujuh pusingan dan selepas setiap kali selesai tujuh pusingan dia hendaklah mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat.

>> Berihram Haji Dari Masjidilharam

 

By: Castalia

© Copyright Information. Dalil-Alhaj.com