Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram
Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram
Laman Utama Sekitar Haji Musafir Haji Ibadat Haji Ziarah Madinah Perjalanan Pulang Haji Wanita Nasihat Pameran Gambar Sekitar Laman Web
Tawaf Wida':

Apabila jemaah Haji ingin musafir, dia hendaklah tawaf di Baitullah tanpa berlari-lari anak dan tidak juga perlu intiba' serta saie. Tawaf ini dinamakan dengan tawaf Wida' dan ia adalah wajib, kemudian dia mendirikan sembahyang sunat tawaf sebanyak dua rakaat, seterusnya pergi ke telaga Zamzam dan meminum airnya sambil menghadap ke arah Kaabah serta rasa Tadhallu' dengan meminumnya sekadar termampu kemudian dia pergi ke Multazam, dia merayu kepada Allah Taala memohon apa sahaja dari urusan dunia dan akhirat yang dia inginkan di mana dia mulakan doa dengan pujian dan selawat kepada Nabi s.a.w. begitu juga dengan penutupnya. Di dalam doa dia menyebut:

(اللهم البيت بيتك والعبد عبدك وابن عبدك وابن أمتك, حملتني على ما سخرت لي من خلقك, وبلغتني بنعمتك حتى أعنتني على قضاء مناسكك, فإن كنت رضيت عني فزدني منك رضا, وإلا فَمُنَّ علي بالقبول و الرضا من محض فضلك يا ذا الفضل العظيم ها أنا منصرف بإذنك غير مستبدل بك ولا بيتك, ولا راغب عنك ولا عن بيتك).

(اللهم فأصحبني العافية في بدني والعصمة في ديني, وأحسن منقلبي, وارزقني طاعتك ما أبقيتني, واجمع لي خيري الآخرة والدنيا إنك على كل شيء قدير).

(اللهم ارزقني العود بعد العود, المرة بعد المرة إلى بيتك الحرام, واجعلني من المقبولين عندك يا ذا الجلال والإكرام, اللهم لا تجعله آخر العهد من بيتك الحرام يا أرحم الراحمين).

Kemudian dia istilam (mengucapkan selamat) kepada Hajarulaswad dan dia mengucupnya atau mengisyarat kepadanya jika tidak dapat mengucupnya serta dia berjalan keluar dari Al-Haram dalam keadaan mukanya menghadap ke arah pintu dan jangan berjalan secara berpatah kembali ke belakang, dia berpaling berkali-kali ke Kaabah teragak-agak untuk meninggalkannya serta bercita-cita untuk kembali semula menziarahi Baitul Atiq di mana ia menjadi tempat untuk mendapatkan rahmat, keampunan dan keredhaan daripada Allah Taala.

>> Akhir Haji | Kembali Ke Ibadat Haji

 

By: Castalia

© Copyright Information. Dalil-Alhaj.com