Hari Keempat: (Pertama Hari Tasyrik,
Kedua Hari Menyembelih).
- Di Mina jemaah Haji melontar ketiga-tiga jamrah pada
hari ini, sunat dia mulakan dengan Jamrah Sughra, kemudian
wusta, kemudian kubra (Aqabah), setiap jamrah tadi
dilontar dengan tujuh biji batu kecil sambil membaca pada
setiap lontaran:
(بسم الله، والله أكبر رغماً
للشيطان وحزبه وإرضاءً للرحمن).
- Selepas setiap jamrah kecuali jamrah Aqabah Kubra, dia
berdoa sambil mengangkat kedua belah tangannya menghadap
Kaabah serta berselawat kepada Nabi s.a.w dan memohon
permintaannya sambil membaca:
(اللهم اجعله حجاً مبروراً وذنباً
مغفوراً وعملاً صالحاً مقبولاً وتجارة لن تبور).
- Waktu melontar adalah dari gelincir matahari (waktu
Zuhur) sehingga terbit matahari hari yang berikutnya
tetapi sunat di antara gelincir matahari dan Maghrib.
- Jamrah Aqabah dilontar dalam keadaan menghadap ke arah
Jamrah dan menjadikan Mina berada di kanannya manakala
jalan Mekah pula berada di kirinya. Manakala melontar dari
atas jambatan, ia boleh dilakukan dari mana-mana arah
sekalipun.
- Adapun jamrah Sughra dan Wusta pula, ia dilontar dari
semua arah.
Hari Kelima: (Kedua Hari Tasyrik,
Ketiga Hari Menyembelih).
Jemaah Haji juga diwajibkan melontar ketiga-tiga jamrah
sebagaimana yang dilontar pada hari sebelumnya dengan
mengikut susunan yang sama dan cara serta waktu yang sama
kemudian jemaah Haji bergegas untuk ke Mekah.
Hari Keenam: (Ketiga Hari
Tasyrik, Keempat Hari Menyembelih).
- Jika jemaah Haji terlewat di Mina sehingga ke masa
selepas tenggelam matahari hari ketiga iaitu hari
menyembelih, dia wajib melontar ketiga-tiga jamrah pada
hari keempat. Waktu melontar adalah dari terbit matahari
sehingga ke waktu tenggelam matahari (Maghrib).
(وَاذْكُرُوا
اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ تَعَجَّلَ فِي
يَوْمَيْنِ فلا إِثْمَ عَلَيْهِ وَمَنْ تَأَخَّرَ فَلا إِثْمَ
عَلَيْهِ لِمَنِ اتَّقَى وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا
أَنَّكُمْ إِلَيْهِ تُحْشَرُون).
Yang bermaksud:
Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan
takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang
tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan
Mina) pada hari yang kedua, maka dia tidaklah berdosa dan
sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka dia juga
tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang
bertakwa. Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan
ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.
(Surah Al-Baqarah, Ayat: 203).
Setelah itu jemaah bergegas pergi ke Mekah.
>>
Tawaf Wida'