Tempoh Kekal Berada Di Mekah Sehingga Hari Ke 8
Zulhijah:
Di dalam tempoh ini sepatutnya jemaah Haji menggunakan peluang untuk:
- Banyak mendirikan sembahyang di Masjidilharam kerana (Sembahyang
di dalamnya menyamai seribu sembahyang)
- Banyak melakukan tawaf kerana tawaf yang dilakukan oleh Al-Aafaaqi
adalah sebaik-baik ibadat di dalam Masjidilharam.
Diriwayatkan
daripada Rasulullah s.a.w:
(Sesiapa yang tawaf di Baitullah selama seminggu
dan mendirikan sembahyang dua rakaat seolah-olah dia memerdekakan
hamba).
Diriwayatkan juga daripada baginda s.a.w:
(Allah menurunkan kepada jemaah Haji di Baitullah
Al-Haram setiap hari adalah sebanyak 120 rahmat: 60 untuk orang-orang
yang tawaf, empat puluh untuk orang-orang yang mendirikan sembahyang dan
20 untuk orang-orang yang melihat kepada Kaabah)
Oleh yang demikian ketika seseorang jemaah Haji melakukan tawaf dan
melihat kepada Kaabah, bererti dia mendapat 80 rahmat.
Diriwayatkan juga daripada baginda s.a.w:
(Sesiapa yang melakukan tawaf di Baitullah
sebanyak 50 kali, dia akan dihapuskan segala dosanya sebagaimana hari
dia dilahirkan oleh ibunya).
Sekali adalah sebanyak tujuh pusingan dan selepas setiap kali selesai
tujuh pusingan dia hendaklah mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat.
>>
Beredar Ke Mina