Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram
Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram
Laman Utama Sekitar Haji Musafir Haji Ibadat Haji Ziarah Madinah Perjalanan Pulang Haji Wanita Nasihat Pameran Gambar Sekitar Laman Web

Hari Kedua: Hari 9 Zulhijah (Hari Arafah)

  • Selepas terbit matahari pada hari Arafah jemaah Haji akan beredar dari Mina menuju ke Arafah sambil membaca di dalam perjalanannya:

(اللهم إليك توجهت, ووجهَك الكريمَ أردت فاجعل ذنبي مغفوراً وحجي مبرورا,ً وارحمني إنك على كل شيء قدير).

  • Jemaah Haji hendaklah banyak bertalbiah dan membaca Al-Quran seperti firman Allah:
    (.....ربنا آتنا في الدنيا حسنة)
    dan dia wuquf di Arafah.
  • Arafah semuanya tempat wuquf tetapi yang paling afdhal ialah di tempat wuquf Rasulullah s.a.w di batu-batu yang besar di bawah Jabal Rahmah.
  • Apabila pandangan baginda terlihat kepada Jabal Rahmah, baginda bertasbih kepada Allah dan bertakbir kepadaNya.
  • Sunat dia menghala ke masjid Namirah untuk mendengar khutbah, mendirikan sembahyang Zuhur dan Asar jamak taqdim pada waktu Zuhur dengan satu azan dan dua iqamat bersama-sama imam umum tanpa mendirikan sembahyang sunat di antara kedua-duanya.
  • Jemaah Haji hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya hatinya tetap khusyuk bersamanya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menangisi dosa yang dilakukan.
  • Dia hendaklah banyak berdoa, bertahlil dan membaca Al-Quran samada sambil berdiri atau duduk serta memperlahankan suaranya ketika berdoa, turut menyebut kaum keluarganya di dalam doa dan mengulanginya sebanyak tiga kali. Dia hendaklah berhati-hati supaya dapat memastikan bahawa dia menghadap kiblat dan memulakan serta menutup doa dengan tahmid dan tamjid di samping bertasbih kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w.
  • Jemaah Haji disunatkan supaya mandi untuk melakukan ibadat Arafah.

Doa-doa Arafah

>> Bertolak Ke Muzdalifah

 

By: Castalia

© Copyright Information. Dalil-Alhaj.com