Saie Di Antara Safa dan Marwah:
Naik ke bukit Safa melalui Bab Safa, seboleh-bolehnya
sehingga dia dapat melihat Kaabah sambil membaca:
(إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ
حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ
يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ
شَاكِرٌ عَلِيم).
Kemudian dia membaca:
(الله أكبر الله أكبر، الله أكبر و
لله الحمد، الله أكبر على ما هدانا والحمد لله على ما أولانا،
لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد يحيي
ويميت، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير، لا إله إلا الله وحده،
صدق وعده، ونصر عبده، وأعز جنده، و هزم الأحزاب و حده، لا إله
إلا الله، ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون،
اللهم إنك قلت: ادعوني استجب لكم, وإنك لا تخلف الميعاد، وإني
أسألك كما هديتني للإسلام أن لا تنزعه مني حتى تتوفاني وأنا
مسلم)
Sebanyak tiga kali.
Setelah itu dia berselawat ke atas Nabi s.a.w dan ketika
setiap kali turun dari bukit Safa dia membaca:
(اللهم إني أسألك موجبات رحمتك
وعزائم مغفرتك والسلامة من كل إثم والغنيمة من كل بر والفوز
بالجنة والنجاة من النار)
Sunat berlari-lari anak di antara dua garisan hijau (bagi
lelaki sahaja).
Doa yang dibaca di antara dua garisan hijau ialah:
(ربنا أتنا في الدنيا حسنة وفي
الآخرة حسنة وقنا عذاب النار، رب اغفر وارحم، واعف وتكرم،
وتجاوز عما تعلم, إنك أنت الأعز الأكرم، اللهم إني أسألك الهدى
والتقى والعفاف والغنى، اللهم اعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك).
Kemudian
dia sampai ke bukit Marwah, dengan ini dia berjaya
menyempurnakan satu pusingan saie di mana tujuh pusingan
saie boleh dilakukan dengan bermula dari Safa dan berakhir
dari Marwah.
Bacaan yang dibaca ketika berhenti di bukit Marwah ialah:
(إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ
حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ
يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ
شَاكِرٌ عَلِيم).
Setelah itu dia membaca zikir dan doa yang sama
sebagaimana yang telah dibaca ketika berada di bukit Safa, (jemaah
Haji perlu bertalbiah semasa bersaie tetapi jemaah Umrah
tidak perlu bertalbiah).
Selepas selesai tujuh pusingan saie, disunatkan
mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat dan
sebaik-baiknya di dalam Masjidilharam.
Sunat membaca zikir-zikir, doa-doa dan mana-mana ayat Al-Quran
yang mudah dibaca di dalam saie.
Bacaan yang dibaca selepas selesai bersaie:
(ربنا تقبل منا وعافنا واعف عنا
وعلى طاعتك وشكرك أعنا).
Tidak disyaratkan ittiba' (sopan) di dalam saie di dalam
mazhab Hanafi (tetapi di dalam mazhab Syafie adalah
disyaratkan ittiba' (sopan)).
Tidak disyaratkan suci bagi sah saie tetapi dengan
mengambil kira tempat bersaie yang berada di dalam
Masjidilharam, jadi disunatkan berbuat demikian.
Dalam keadaan terputus saie disebabkan
sembahyang atau sebab-sebab yang lain, saie perlu
disempurnakan dari pusingan yang terputus.
|
Ketika
jemaah Haji Qiran ingin mendahulukan saie Haji
sebelum Tawaf Ifadhah, dia bolehlah berbuat demikian
iaitu dengan menambah tawaf sunat selepas berihram
pada 8 Zulhijah kemudian dia bersaie selepas itu
sebagai saie Haji. |
Setelah itu jemaah Haji kembali semula ke Mina untuk
bermalam.
>>
Berada Di Mekah