Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram
Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram Panduan Jemaah Haji dan Umrah Ke Baitullah Al-Haram
Laman Utama Sekitar Haji Musafir Haji Ibadat Haji Ziarah Madinah Perjalanan Pulang Haji Wanita Nasihat Pameran Gambar Sekitar Laman Web

‘Umrah
Perangkaan Tempat Bagi Jemaah Umrah

Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Umrah ke Umrah yang berikutnya menjadi penebus dosa yang dilakukan di antara keduanya manakala Haji yang mabrur pula tidak ada balasan selain syurga.

Diriwayatkan daripada Jabir r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Jemaah Haji dan Umrah adalah rombongan Allah, jika mereka berdoa kepada Nya, Dia akan memustajabkan doa mereka dan sekiranya mereka memohon ampun daripadaNya, Dia akan mengampunkan mereka.

Jika jemaah Umrah di Mekah ingin mengerjakan Umrah sekali lagi, dia bolehlah berihram dari Masjid Sayyidah Aisyah r.a (di Tan'im) kemudian kembali semula ke Mekah untuk melakukan tawaf dan saie.

>> Berihram Dari Miqat

 

By: Castalia

© Copyright Information. Dalil-Alhaj.com